3 Sebab Kenapa Anda Perlu Melabur Saham Sekarang

Posted on July 20, 2020Comments Off on 3 Sebab Kenapa Anda Perlu Melabur Saham Sekarang

Ramai yang tidak pernah terfikir untuk melabur sehinggalah mencapai usia yang boleh dikatakan “lewat”. Dalam kebanyakan masa, ianya disebabkan oleh perasaan bahawa melabur, termasuklah labur saham syariah, adalah tidak penting. Di dalam artikel ini, ingin saya kongsikan bersama pembaca 3 sebab kenapa ia tidak lagi patut ditangguh dan anda perlu bermula sekarang.

Untuk Melawan Inflasi

Tanpa ramai sedari, inflasi adalah salah satu daripada musuh kewangan. Kenapa? Jawabnya adalah kerana inflasi inilah punca wang yang kita ada boleh susut nilai. Ya, anda tak benar kehilangan wang untuk hilang nilainya. Meskipun inflasi berbunyi sedikit kompleks, tetapi secara mudahnya inflasi menyusutkan nilai wang tunai dari semasa ke semasa. Pada hari ini, purata inflasi tahunan di Malaysia adalah di antara 3 ke 4 peratus setiap tahun. Ini boleh diibaratkan seperti kehilangan 25% nilai wang anda dalam masa 5 tahun, atau separuh nilainya dalam 10 tahun jika wang anda dibiarkan begitu sahaja! Jadi, atas sebab inilah anda perlu melabur.

Kalau Anda Melabur Pula?

Jika anda melabur saham syariah, anda boleh menjana purata di antara 15 ke 25 peratus dengan selesa. Jadi, di dalam senario ini, nilai pelaburan anda adalah sekurang-kurangnya 12 peratus lebih tinggi daripada kadar inflasi setiap tahun.

Ancaman Teknologi

Teknologi mungkin mempunyai kebaikannya yang tersendiri, seperti menjadikan perhubungan tiada lagi sempadannya pada hari ini. Bukan itu sahaja, teknologi juga membolehkan banyak benda yang dianggap mustahil untuk dicapai pada 10 atau 20 tahun lalu kini menjadi realiti. Tetapi, sepertimana banyak perkara yang dicipta manusia, ia ada keburukannya yang tersendiri.

Di dalam kes ini, teknologi mempunyai satu impak negatif yang cukup besar, iaitu memberikan ancaman kepada peluang pekerjaan di masa akan datang. Jika anda ambil perhatian tentang apa yang berlaku di sekeliling, pasti anda sedar bahawa teknologilah yang menjadi sebab kenapa tiada lagi pekerja di pam petrol, plaza tol, malahan di kaunter pembayaran di pasaraya. Banyak sudah pekerjaan yang sama ada telah pupus atau diancam kepupusan dek kerana teknologi.

Hari ini bukan sahaja kelas manual atau kelas bawahan yang terkesan, malah juga kerja profesional seperti pakar perubatan. Masalahnya, berapa ramai daripada kita yang mampu untuk belajar kemahiran yang baru supaya boleh mendapat peluang pekerjaan? Pastinya tidak semua orang.

Kalau Anda Melabur Pula?

Tetapi, kalau anda melabur, anda tidak lagi akan berasa terancam kerana sebagai pelabur, anda sebaliknya akan mendapatkan keuntungan apabila syarikat yang dilabur mengambil langkah menggunakan teknologi untuk menjadikan kos operasi lebih efisien.

Labur Saham Syariah

Persaraan

Persaraan adalah satu masa yang akan tiba dengan sangat cepat, meskipun anda baru berumur 20 atau 30 tahun. Kerana terlalu fokus kepada yang sedang berlaku di depan mata, ramai yang gagal untuk membuat persediaan yang sepatutnya untuk persaraan nanti. Ramai juga yang tidak tahu berapa banyak wang simpanan yang mereka perlukan untuk menanggung kos perbelanjaan di hari tua apabila mereka tiada lagi kudrat untuk bekerja keras seperti di waktu muda. Ini tidak termasuk lagi kos-kos perubatan dan sebagainya yang mungkin perlu ditanggung di hari tua, tetapi kita tidak pernah ambil masa untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Kalau Anda Melabur Pula?

Tetapi, jika anda melabur, anda pasti akan dapat merasakan hasil pelaburan yang lumayan. Ini kerana pelaburan saham syariah yang dibuat untuk tempoh masa panjang pasti akan menjadi sesuatu yang menguntungkan jika dibuat secara konsisten.

Mula Labur Saham Syariah Hari Ini!

Oleh yang demikian, anda patut mula melabur hari ini. Jika anda tidak pernah bermula dan tercari-cari sumber yang baik untuk mengambil langkah pertama di alam pelaburan, anda boleh hadiri kelas online percuma di https://labursahamsyariah.com/.

Ingat, ilmu adalah penting untuk menjadikan pelaburan anda lebih kurang berisiko. Semoga berjaya!

Comments Off on 3 Sebab Kenapa Anda Perlu Melabur Saham Sekarang